Kafein Boleh Mengganggu Penyerapan Vitamin?
Minum minuman berkafein boleh menganggu penyerapan vitamin ke dalam tubuh dengan sempurna.
Minuman berkafein tinggi seperti kopi, teh, minuman berkarbonat dan coklat adalah makanan harian biasa yang mempunyai kafein. Sesetengah ubat-ubatan dan suplemen juga mempunyai kafien.
Zat Besi
Kafein sebenarnya mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam badan. Kopi dan teh mempunyai polyphenols, unsur kimia yang hanya didapati di dalam tumbuhan. Walaupun polyphenols adalah sejenis antioksida yang bagus, tetapi ia akan mengikat dirinya ke molekul zat besi itu sendiri, menyebabkan kesukaran kepada proses penyerapan.
Kalsium
Kafein akan menyebabkan kalsium untuk dikumuhkan sekali di dalam air kencing. Kafein juga boleh menganggu penyerapan kalsium di dalam usus, sekaligus mengurangkan kalsium di dalam tulang.
Vitamin B
Kafein bersifat diuretic, iaitu menyebabkan seseorang selalu membuang air kecil. Vitamin larut air seperti vitamin B di dalam badan boleh berkurangan kerana is juga terkandung di dalam air kencing. Semakin kerap seseorang itu membuang air kencing, semakin banyaklah vitamin B yang akan dikeluarkan di dalam tubuh.
Vitamin D
Pengambilan kafein yang tinggi juga boleh mengakibatkan kemerosotan reseptor sel untuk Vitamin D di dalam tubuh untuk wanita berusia/menghampiri menopause'**. Jika ini berlaku, seseorang mudah mendapat penyakit tulang rapuh/osteoporosis kerana vitamin D amat penting untuk penyerapan optimum kalsium ke dalam tulang.
**(November 2001 issue of the "American Journal of Clinical Nutrition)
"Tapi saya suka minum nescafe/kopi. Macamana ni?"
Jangan bimbang, anda masih boleh minum minuman kegemaran anda itu. Caranya?
1. Hadkan pengambilan 1-2 cawan sahaja sehari. Konsep bersederhana amat digalakkan di dalam semua aspek.
2. Jarakkan masa antara pengambilan kafein dan suplemen kira-kira 1 hingga 2 jam.
3. Untuk mereka yang boleh minum susu, boleh campurkan di dalam minuman berkafein untuk 'offset' nilai kalsium.
Ulasan
Catat Ulasan