Sedih dan sayu tatkala anak kecil batuk tanpa henti..perasaan tu kalau boleh dipindahkan pada kita pasti masa tu jugak nak bluetooth pada kita kan?tapi apakan daya itu hanya perasaan kita je..so banyak lah alternatif lain yang akan dicuba oleh para ibubapa sekarang ni...antaranya ialah
dengan memberi ubat pada sikecil..
Untuk pengetahuan parents semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Penggunaan ubat batuk boleh menyebabkan kematian!!So lebih baik say tidak pada ubat-ubatan
Tapi parents boleh amalkan 10 petua ini untuk melegakan batuk anak Insha Allah.. jika diizinkanNya , berkesan dan selamat
1.Rehatkan Anak
●Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku
3.Mandi air Suam (semua peringkat umur)
●air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
●juga membantu merehatkan minda anak-anak.
Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
●penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
●Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.
4.Vapor rubs ( 3 bulan keatas)
●kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs
5. Banyakkan minum air ( 6 bulan keatas)
●Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak
6.Sup panas/suam ( 6 bulan keatas)
●Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat
7. Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
●tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik
8.Madu ( 12 bulan keatas)
●Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
9.Ajar anak keluarkan kahak( 2tahun keatas)
●Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.
10.Berkumur dengan air garam ( 4 tahun dan keatas)
●ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.
Selagi boleh elak ubat kita elak ya..dan semoga dengan petua-petua ini dapat memberi manfaat kepada kita para ibu sekalian❤❤
Salam sayang dari saya..
posted from Bloggeroid
Ulasan
Catat Ulasan