Rindukan saat-saat anak kecil baru lahir..rindu bau wangian syurga,rindu pelukan erat jari anak kecil,rindu nak mandikan baby..semuanya rindulah..
Dalam perasaan rindu tu kebetulan harini mak tiada di rumah maka ku ambil alih tempat mak untuk membantu kakak baru bersalin memandikan baby..wahhh memang termakbul impian..hehe..
Bismillahirahmanirrahim..
Ayat pertama keluar dari mulutku..excited berbaur menggigil jugak sebab baby lembut lagi kan..baru 12 hari..anak sendiri pun masa ni ku xmandikan lagi..habis pantang baru berani..terasa hebat kurasakan masa tu..ehehe
Okey kat sini ku nak share adab-adab memandikan bayi moga bermanfaat kepada bakal-bakal ibu dan juga orang lain In Shaa Allah
ADAB-ADAB MEMANDIKAN BAYI
1◆Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2◆Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3◆Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4◆Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5◆Sambil memandikan bayi hati kita berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6◆Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7◆Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8◆Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Setiap anak adalah anugerah terindah..pembawa rezeki didalam setiap keluarga
ni lah anak-anak syurga saya..juga imam-imam saya
Salam sayang dari saya

posted from Bloggeroid
terim aksih atas uraiannya..sangat berguna bagi sy
BalasPadamjemput berblog walking ke blog sy
http://bit.ly/1tRuWDn