Susu Ibu adalah pilihan terbaik untuk disusukan hinggalah anak berumur 2 tahun.Waktu ini sistem imun anak tidak berapa kuat jadi anak-anak perlukan susu Ibu secara berterusan sehinggalah berumur 2 tahun.Dengan cara ini kesihatan dan sistem imun anak akan kuat.Tetapi mungkin ibu-ibu baru ada masalah susu ibu tidak dapat dialirkan dengan baik kepada anak.Jadi disini saya saya cuba membantu anda;
Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satu ialah melakukan urutan.
Langkah 1-TUAM
Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.
Langkah 2-TEKAN
Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.
Langkah 3-GERAKKAN
Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali.
Langkah 4-TERUSKAN GERAKKAN
Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.
Langkah
Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.
Anak adalah anugerah terindah dalam sebuah keluarga..klik sini untuk lebih info KELEBIHAN SUSU IBU
Anak adalah anugerah terindah dalam sebuah keluarga..klik sini untuk lebih info KELEBIHAN SUSU IBU
Ulasan
Catat Ulasan