Langkau ke kandungan utama

Merawat Demam/Selsema Tanpa Ubat-Ubatan

Assalamualaikum..

Selamat petang kepada semua..hari ini topik kita mengenai cara Merawat demam/selsema tanpa ubat-ubatan.Kebiasaanya kita orang melayu ni lebih menggunakan cara semulajadi.Contohnya lebih menggunakan cara yang semulajadi ada disekeliling kita.Lebih mujarab dan lebih baik dari ubat-ubatan yang ada di klinik tu.

Disini saya kongsikan kepada anda semua apa yang mak saya sendiri selalu lakukan apabila saya dan adik beradik saya demam..

-Halia- 

◆Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

-Ikan-

◆Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan

Kita akan lebih terdedah kepada selsema jika  mempunyai keradangan yang kronik

-Sayuran Hijau-

◆Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

-Bawang Putih-

◆Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah

-Kunyit-

◆Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema

-Madu-

◆Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak

-Air Beras-

◆Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Boleh juga merawat anak-anak syurga kita menggunakan cara ini.so boleh diamalkan oleh semua golongan mengikut kesesuaian masing-masing..semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda memikirkan cara bagaimana merawat demam/selsema tanpa ubat-ubatan..

Selamat mencuba



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ---------------------------------- ----------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya: whatsapp/wechat/sms 019-5753504 Fb:Rose Nazyiana Fb Pages:cahayacintaku08.blogspot Email:rosnaziana@gmail.com Cod area besout-sungkai-trolak-slim river-tg malim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerana 7 Biji Buah Dokong

Buah Dokong  sangat sedap bila di nikmati beramai-ramai.Lagi sedap bila makan x ingat dunia.Dek kerana kemanisannya ramai yang lupa bahawasanya dokong ini membawa padah kepada  penyebab sakit urat .Dokong tu sejuk orang tua-tua la kata.. 7 biji je pun makan semalam hasilnya Ya Allah sakit sungguh urat dan sengal-sengal badan.Insaf dah xmau sentuh dokong dah..serik weh..memang geram tengok buah ni sebab besar-besar,sebelum ni ok je makan tapi semalam lain pulak jadinya..huk-huk.Dah la buah nya murah sekilo Rm2 je semalam tamak haloba beli sampai 5kilo..haha padahnya diri sendiri yang sakit.Lepas ni hati-hati ya memilih buah kegemaran anda.Pastikan tidak berlaku sebegini kerana siksanya sakit urat orang yang pernah alami je dapat rasakan Tapi sikit pun xrisau sebab ostematrix penyelamat segalanya.Thanks Ostematrix!!! Jom click sini ramai-ramai tengok  OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM Nak dapatkan produk shaklee? Boleh lihat detail dibawah untuk membuat sebar...

INFO:KHASIAT BUNGA KANTAN

INFO KHASIAT BUNGA KANTAN: Assalamualaikum SEMUA.. Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan kenaikan harga bunga kantan 2 batang rm10 pun hado...tapi saya xbeli sebab dibelakang rumah pun ada..ehe selalunya kita menggunakan bunga kantan di dalam masakan asam pedas, laksa dan nasi kerabu betul tak?? tahukah anda bahawa sebenarnya bunga kantan ni banyak khasiatnya??? untuk buahnya ➡ boleh merawat penyakit telinga untuk bunganya ➡ jus diminum dan dimakan mentah untuk tujuan mewangikan badan.. daunnya ➡untuk mencuci kudis,lebam dan luka..dan juga boleh digunakan dalam mandian wanita selepas bersalin.. batang lembutnya ➡boleh dimakan dan direbus untuk mandian dan mewangikan badan.. sebenarnya... bunga kantan ini boleh dimakan mentah dibuat ulam dan itu yang lebih baik sebab khasiatnya tidak banyak yg hilang.. Tapi yang paling best bunga kantan untuk pembikinan LAKSA laksa mak saya paling sedap kat dunia.. Dapat tengok je lah..kalau nak sila masuk dapur masak laksa ya....

SET BERSALIN CZER

Selamat tengah hari..dah settle masak untuk harini so saya nak share sambungan entry yang dari minggu lepas..hehe macam gayanya panjang sangat nak mengarang kan?padahal baru je jadi penulis ni alhamdulillah berkat misi 40hari tanpa fail ni buatkan hati lebih kuat dan sekarang sangat happy dan gembira nak berblogging.. Tapi tajuk harini bukanlah kisah 40 hari tanpa fail tapi kisah tentang bersalin czer Tajuk harini agak menyeramkan nagi sesiapa yang tidak pernah bersalin czer termasuklah saya..cerita harini ros nak sharekan iaitu pengalaman kakak ipar saya Dimana 13 tahun dah mendirikan rumah tangga akhirnya positif preggy jugak... alhamdulillah bermacam-macam usaha dah mereka lakukan akhirnya Allah bagi juga rezeki anak..tanggal 2/9/2014 lahirlah seorang bayi lelaki yang comel diberi nama Muhammad Danial Haziq seberat 3.6kg(wow!!!besar tu...anak-anak saya pun hanya 2.8kg dan 2.2kg je..hehe) semoga menjadi anak yang soleh ye sayang.. Ambil dari google So soalan pertama pada ...