Langkau ke kandungan utama

APA PENYEBAB SAKIT DIBAHAGIAN BADAN?

TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN MEMBERI MAKSUD TERTENTU

Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

MATA
(Bertindak balas dengan keadaan hati)
.. Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
.. Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
..Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
..Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
..Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG
(Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
..Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
.. Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
.. Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK
.. Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
.. Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
..Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang bany
ak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
.. Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
..Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
.. Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH
  Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
.. Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
..Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan...Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
..Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
.. Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT BERPELUH
.. Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.
..Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DAN PANAS
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan leb
ih sihat dan subur.

SENDI-SENDI TANGAN DAN KAKI
..Sakit Sendi rasa panas.
●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
..Tidak rasa panas
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
..Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DITAPAK KAKI
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL-GATAL DICELAH JARI KAKI
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DIBAHAGIAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DIBAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
●Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DIKEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING DAN MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
●Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

KERAP BUANG AIR BESAR/CIRIT BIRIT
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.

NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku

BADAN
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

SAKIT MENYUCUK
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

SAKIT MENEGANG
● Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/MALAS BEKERJA
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT
..Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT
..Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG MENGEJUT
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
..Sistem penghadaman yang lemah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerana 7 Biji Buah Dokong

Buah Dokong  sangat sedap bila di nikmati beramai-ramai.Lagi sedap bila makan x ingat dunia.Dek kerana kemanisannya ramai yang lupa bahawasanya dokong ini membawa padah kepada  penyebab sakit urat .Dokong tu sejuk orang tua-tua la kata.. 7 biji je pun makan semalam hasilnya Ya Allah sakit sungguh urat dan sengal-sengal badan.Insaf dah xmau sentuh dokong dah..serik weh..memang geram tengok buah ni sebab besar-besar,sebelum ni ok je makan tapi semalam lain pulak jadinya..huk-huk.Dah la buah nya murah sekilo Rm2 je semalam tamak haloba beli sampai 5kilo..haha padahnya diri sendiri yang sakit.Lepas ni hati-hati ya memilih buah kegemaran anda.Pastikan tidak berlaku sebegini kerana siksanya sakit urat orang yang pernah alami je dapat rasakan Tapi sikit pun xrisau sebab ostematrix penyelamat segalanya.Thanks Ostematrix!!! Jom click sini ramai-ramai tengok  OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM Nak dapatkan produk shaklee? Boleh lihat detail dibawah untuk membuat sebarang belian.Kon

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin C Shaklee

Petua Hilangkan Parut Jerawat, Gatal-Gatal dan Selaran Matahari Parut di bahagian muka atau badan akibat dari jerawat, gatal-gatal disebabkan allergik atau parut akibat selaran matahari akan bertukar menjadi kehitaman. Wajah akan nampak kusam dan tidak bermaya. Begitu juga dengan kulit yang lain. Parut terbentuk dari proses penyembuhan luka secara semulajadi. Sebab tu la bila jerawat dah mulai kering, ia akan meninggalkan kesan hitam. Atasi parut jerawat dengan; Daun Lidah Buaya - Digunakan sejak zaman dahulu lagi. - Mempunyai asid amino dan lignin yang amat baik untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baharu. - Ambil beberapa helai daun lidah buaya, kemudian ambil lendirnya. - Sapukan lendir tersebut pada parut atau kulit wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kulit Kayu Manis - Kisar atau lumatkan beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan bersama sedikit air dan sapukan pada parut. - Merupakan sejenis rempah ratus untuk menambah

INFO:KHASIAT BUNGA KANTAN

INFO KHASIAT BUNGA KANTAN: Assalamualaikum SEMUA.. Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan kenaikan harga bunga kantan 2 batang rm10 pun hado...tapi saya xbeli sebab dibelakang rumah pun ada..ehe selalunya kita menggunakan bunga kantan di dalam masakan asam pedas, laksa dan nasi kerabu betul tak?? tahukah anda bahawa sebenarnya bunga kantan ni banyak khasiatnya??? untuk buahnya ➡ boleh merawat penyakit telinga untuk bunganya ➡ jus diminum dan dimakan mentah untuk tujuan mewangikan badan.. daunnya ➡untuk mencuci kudis,lebam dan luka..dan juga boleh digunakan dalam mandian wanita selepas bersalin.. batang lembutnya ➡boleh dimakan dan direbus untuk mandian dan mewangikan badan.. sebenarnya... bunga kantan ini boleh dimakan mentah dibuat ulam dan itu yang lebih baik sebab khasiatnya tidak banyak yg hilang.. Tapi yang paling best bunga kantan untuk pembikinan LAKSA laksa mak saya paling sedap kat dunia.. Dapat tengok je lah..kalau nak sila masuk dapur masak laksa ya.