Langkau ke kandungan utama

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum..

Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap..



Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye


Bahan-bahan cheesekut


●Susu dutch lady full cream
●Susu pekat
●Cream cheese
●Biskut 4 segi
●Serbuk vico @ milo
●Nestum


Bahan mixer


●Cheese cream 125gram 
●susu pekat setengah cawan
●susu ducth lady suku cawan..
●3sudu nestum

★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi)


Cara-caranya


●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sampai lembik..
●Letak dalam bekas sapu cream cheese yang diputar tadi.. tabur serbuk milo@vico..ulang  step yang sama sehingga habis..

Dah siap semua lapisan simpan dalam peti ais..nak makan baru keluarkan..makan sejuk-sejuk sedap sangat..


Sedia untuk di makan bersama keluarga tersayang


Selamat mencuba ^_^





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ---------------------------------- ----------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya:
whatsapp/wechat/sms 019-5753504
Fb:Rose Nazyiana
Fb Pages:cahayacintaku08.blogspot Email:rosnaziana@gmail.com
Cod area besout-sungkai-trolak-slim river-tg malim

Ulasan

  1. Sedapnya rose.. Kalau Kak Tun ni, 1 bekas memang tak cukup. Tq tau sudi kongsi resepi...

    Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..memang pun..buat sebungkus biskut 3hari dah habis..makan sejuk2 pulak bertambah sedap..welcome kak tun

      Padam
  2. Ohh milo rupanya serbuk atas tu. Sekali tengok macam warna merah. Hehe. Sedapnya.. dah lama tak buat cheesekut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..vico tu bila dia cair kat ats cream cheese tu jadi warna tu..nyum2 makan sejuk2 sedap...

      Padam
  3. Amboi dah siap entry.tak sabar nk cuba.harap2 menjadi la.sebab shida ni bab bab kueh kek ni tak reti..hehe

    BalasPadam
  4. First time dgr cheesekut ni. Dah ada resipi ni, jom kita cuba! Anak-anak mesti suka ni.


    Tips & Info >>> PNEUMOKOKAL ancam kanak-kanak

    BalasPadam
  5. First time dengar dn lihat.tapi nampak sedap je.mesti cuba ni

    BalasPadam
  6. xde la susah nk buatnya ye..
    kena cuba buatkan untuk sekeluarga ni..

    bahayanya HB rendah

    BalasPadam
  7. Mak ai sedapnya rose...nak cubalah...orang dalam rumah ni suka sangat dengan cheese.

    BalasPadam
  8. meleleh air liur tengok gambar cheesekut ni..

    Inch Loss Plan

    BalasPadam
  9. Adeh, sedapnya Ros..Bile nak buat ni..^_^

    BalasPadam
  10. Sedapnya... Skrg byk resepi yg tak perlu teruk-teruk baking. Bestnyer boleh cuba ni

    BalasPadam
  11. first time dengar cheesekut nie...nampak sedap je...boleh cuba nie

    NAK CANTIK, NAK SIHAT MEH BACA SINI

    BalasPadam
  12. Woww..ritu huda dah buat kek batik. Nanti nak try plak lah cheesekut nie.

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

    BalasPadam
  13. Amboii sedapnya... anak-anak memang sukakan cheesekut.. boleh cuba ni..

    BalasPadam
  14. Wah.. Ni Mmg favourite Sgt.. Bnda cheese ni tak boleh tolak la.. Nasib ada set kurus shaklee. Blh jugak kawal pemakanan Sy ni.. Kalau makan Mmg gila abis.. Huhu
    Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

    BalasPadam
  15. Waaaahhh sedapnyer rose....macam senang jer buat...nak buat juga laa..tapi bahan-bahan nye ada yang tak beli lagi... nanti siapkan barang nak try...terima kasih rose sudi kongsi resepi.

    bahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja

    BalasPadam
  16. Rose, order 5 bekas.. boleh courier tak? hahaha..

    BalasPadam
  17. sedapnya...k.ros buat la jual... ^_^

    BalasPadam
  18. Sedap... cepat2 tulis resipi... pastuu nk test biay sendri... tq sis....

    BalasPadam
  19. senang je resepi dia ni.. harus buat cheesekut mcm ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kempiskan Perut Bak Si Cantik elsa Frozen

Tips Perut Kempis Bak Si Cantik elsa Frozen Perut kempis sememangnya menjadi idaman semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Faktor utama yang mempengaruhi ukur lilit pinggang adalah gaya hidup. Jika anda tidak amalkan gaya hidup  yang sihat, seperti mengawal pemakanan dan melakukan senaman, amatlah MUSTAHIL untuk anda memiliki perut kempis. 4 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Hindari 1.Pemanis Buatan Elakkan mengambil pemanis buatan yang terdapat dalam makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. 2.Sayuran Bergas Tahukah anda, walaupun sayuran amat penting kepada kita dalam menguruskan badan, namun ada beberapa jenis sayuran yang tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang nak kurus. Antaranya ialah, brokoli, kubis, kailan dan sebagainya. Jika di ambil secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan perut kembung. 3.Makanan Ringan/Awet Makanan ringan seperti...

Lindungi Jantung Dengan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee  melindungi Jantung  Anda. Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh. Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3  yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular, di samping membantu memelihara tekanan darah  dan paras trigliserida yang normal. Omega 3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Antara kebaikan omega 3 dalam omega shaklee Untuk jantung ●Mengurangkan risiko insiden  serangan jantung. ●Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. ●Mengurangkan risiko mendapat denyutan  jantung tak menentu. ●Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat ...