Langkau ke kandungan utama

HEALING CRISIS SELEPAS PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE

HEALING CRISIS SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
-Tidak mengamalkannya setiap hari
-Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
-Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
-Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
-Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
-Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
-Mengalami masalah emosi

KRISIS PENYEMBUHAN/PENYEBAB

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

*Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

*Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

*Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

*Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

*Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

*Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah

*Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

*Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah

*Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

*Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / perubahan waktu kitaran haid, 
  kegatalan penyakit buasir pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

*Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

*Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

*Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

SEBENARNYA ANDA JUGA BOLEH MENGATASI HEALING CRISIS DENGAN CARA;

1. Minum banyak air sekurang kurangnya 3 liter sehari - Air kosong @ Air masak.
2. Mengamalkan rehat yang secukupnya.
3. Jangan stress - banyak bersabar kalau healing crisis ini berlaku.
4. Sentiasa ingat Allah - setiap penyakit ada ubatnya.

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kempiskan Perut Bak Si Cantik elsa Frozen

Tips Perut Kempis Bak Si Cantik elsa Frozen Perut kempis sememangnya menjadi idaman semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Faktor utama yang mempengaruhi ukur lilit pinggang adalah gaya hidup. Jika anda tidak amalkan gaya hidup  yang sihat, seperti mengawal pemakanan dan melakukan senaman, amatlah MUSTAHIL untuk anda memiliki perut kempis. 4 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Hindari 1.Pemanis Buatan Elakkan mengambil pemanis buatan yang terdapat dalam makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. 2.Sayuran Bergas Tahukah anda, walaupun sayuran amat penting kepada kita dalam menguruskan badan, namun ada beberapa jenis sayuran yang tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang nak kurus. Antaranya ialah, brokoli, kubis, kailan dan sebagainya. Jika di ambil secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan perut kembung. 3.Makanan Ringan/Awet Makanan ringan seperti...

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum.. Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah  cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap.. Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye Bahan-bahan cheesekut ●Susu dutch lady full cream ●Susu pekat ●Cream cheese ●Biskut 4 segi ●Serbuk vico @ milo ●Nestum Bahan mixer ●Cheese cream 125gram  ●susu pekat setengah cawan ●susu ducth lady suku cawan.. ●3sudu nestum ★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi) Cara-caranya ●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sa...

Lindungi Jantung Dengan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee  melindungi Jantung  Anda. Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh. Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3  yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular, di samping membantu memelihara tekanan darah  dan paras trigliserida yang normal. Omega 3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Antara kebaikan omega 3 dalam omega shaklee Untuk jantung ●Mengurangkan risiko insiden  serangan jantung. ●Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. ●Mengurangkan risiko mendapat denyutan  jantung tak menentu. ●Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat ...