Kenal x apa ni?
Bukan main hot kat fesbuk sejak akhir-akhir ni..yang frustnya tukang jual bila kita suh pm,xpm pun..dah la terliur nengoknya..so apa lagi petik 5biji mangga mak kat depan rumah..hehe
Hasilnya...
Ringkas dan mudah je cara penyediaan Jeruk Mangga Asam Boi ni..beza rajin dengan x je nak buat nya..hehe...lepas tu potong mangga muda ikut kesukaan anda..saya potong begini
Basuh mangga dan toskan sehingga kering..Lepas tu gaulkan dengan gula,garam secukup rasa..masukkan cili dan asam boi gaul sebati
Tadaaaa..siap dah..buh dalam bekas simpan dalam peti ais..nak makan terus pun boleh....disebabkan 5biji je mangganya maka xsempat simpan dalam peti ais pun..licin dah..
Sila jangan meleleh air liur ye..kalau meleleh tapi nak buat buah mangga xdek boleh la gantikan mangga dengan buah epal hijau..
Sekian untuk kali ini..
Salam sayang dari saya
wau sedapnya rose..hmm kecur air lir rasa. kalau dekat boleh tempah..
BalasPadam