Langkau ke kandungan utama

Buah Nam Nam

Assalamualaikum..


Selamat petang dan selamat sejahtera..
Anda semua pernah dengar x dengan nama sejenis buah ni iaitu Buah Nam Nam@ dipanggil buah katak puru?
Begini rupanya

Sedap tau buah ni..

Bagi peminat buah Nam-Nam @ buah katak puru ni memang sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan kicap,garam atau kuah rojak. Rasanya masam-masam manis apabila sudah hampir masak. Ada sesetengah tempat yang menggunakan buah ini untuk dibuat kerabu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan/daging/ayam.


Kebaikan buah ni;

-Buah – Boleh dimakan segar atau mentah, dicicah dengan garam atau dijadikan bahan rojak, jeruk atau manisan (halwa). Boleh juga digunakan sebagai campuran sambal.

-Daun muda :- Rebusan daun muda nam nam sebanyak 5, 7 atau 9 helai ini berkhasiat
untuk :

– meringankan gejala cirit-birit atau ‘diare’
– melancarkan air mani
– mengubati penyakit kencing batu.
– penawar darah tinggi dan kencing manis
– kuruskan badan.

Biasanya buah ni ada disekitar kampung-kampung je..dulu saya pun xtahu apa nama buah ni..kawan asal pahang yang kenalkan buah ni..rupa-rupanya kat belakang rumah saya pun ada pokok ni..xsempat nak snap gambar pokoknya sebab hujan pulak kat luar tu..lainkali saya belah siap tunjuk gambar menyicah buah nam-nam ni okey..hehe



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ---------------------------------- ----------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya:
whatsapp/wechat/sms 019-5753504
Fb:Rose Nazyiana
Fb Pages:cahayacintaku08.blogspot Email:rosnaziana@gmail.com
Cod area besout-sungkai-trolak-slim river-tg malim

Ulasan

  1. Akk..dah musim dia x ni??lama dah dok cari buah nam-nam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat perak belum lagi..weekend tadi balik kg ada sikit..satgi ada musim nak buat jeruk nam-nam asam boi lah..hihi

      Padam
  2. Nam nam nyum nyumm. Kecur lidah weyhh. Jeruk nam nam? Pasti marveless

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la..kalau musim die nanti boleh try buat..hehe

      Padam
  3. dengar macam nom nom..buah ni mak jemah pernah makan satu ketika dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perak panggil buah nam-nam..sedap..cicah kicap ni mak jemah

      Padam
  4. wahhhh..sedapnye...kat pahang pangil buah katak puru nie...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kempiskan Perut Bak Si Cantik elsa Frozen

Tips Perut Kempis Bak Si Cantik elsa Frozen Perut kempis sememangnya menjadi idaman semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Faktor utama yang mempengaruhi ukur lilit pinggang adalah gaya hidup. Jika anda tidak amalkan gaya hidup  yang sihat, seperti mengawal pemakanan dan melakukan senaman, amatlah MUSTAHIL untuk anda memiliki perut kempis. 4 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Hindari 1.Pemanis Buatan Elakkan mengambil pemanis buatan yang terdapat dalam makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. 2.Sayuran Bergas Tahukah anda, walaupun sayuran amat penting kepada kita dalam menguruskan badan, namun ada beberapa jenis sayuran yang tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang nak kurus. Antaranya ialah, brokoli, kubis, kailan dan sebagainya. Jika di ambil secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan perut kembung. 3.Makanan Ringan/Awet Makanan ringan seperti...

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum.. Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah  cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap.. Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye Bahan-bahan cheesekut ●Susu dutch lady full cream ●Susu pekat ●Cream cheese ●Biskut 4 segi ●Serbuk vico @ milo ●Nestum Bahan mixer ●Cheese cream 125gram  ●susu pekat setengah cawan ●susu ducth lady suku cawan.. ●3sudu nestum ★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi) Cara-caranya ●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sa...

Lindungi Jantung Dengan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee  melindungi Jantung  Anda. Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh. Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3  yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular, di samping membantu memelihara tekanan darah  dan paras trigliserida yang normal. Omega 3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Antara kebaikan omega 3 dalam omega shaklee Untuk jantung ●Mengurangkan risiko insiden  serangan jantung. ●Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. ●Mengurangkan risiko mendapat denyutan  jantung tak menentu. ●Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat ...