Langkau ke kandungan utama

AQUARIA KLCC:TENGOK JERUNG DEPAN MATA

KIDS REWARD❤❤

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak reward anak untuk ke AQUARIA KLCC.Hari-hari dok tengok channel National Geo WILD haa akhirnya mama babah bawa akif dan adiq p tengok jerung depan mata








Aquaria KLCC ni dianggap destinasi wajib kalau datang KL.Saya parking kereta di tempat yang paling dekat dengan Aquaria iaitu di Kuala Lumpur Convention Centre.


Parking full masa kami sampai..tapi tetap RCA nak jugak parking disini..alhamdulillah dalam 10minit kemudian ada kereta daei dalam keluar..so apalagi laju je tekan mesin resit..orang belakang tak tahu la jam berapa dapat masuk..hehe

Selesai buat pembayaran RM 38 (dewasa), RM 28 (Kanak-kanak & Warga Emas),(Bawah 3tahun free) kami pun memulakan perjalanan ke dunia lautan dengan keluasan 60,000 kaki persegi dan lebih 5,000 hidupan laut & darat hidup dalam habitat buatan manusia.Sebelum masuk kami bergambar dulu dikawasan intro aquaria







Akif dan adiq tak sabar dah nak masuk dalam dah..tak sabar nak nengok si jerung pujaan hati dia..ok jom tengoj gambar lagi.. Kat dalam ni agak gelap sikit, lepas tu camera dilarang guna flash..
Jadi banyak gambar yang bergegar dan tak clear sangat..
























Banyak lagi gambar lain tak terupload pulak disini..hehe

Kat dalam ni ada kedai souvenir, kereta standard ada beli fridge magnet..
Lepas tu kitorang beli jugak gambar kenang-kenangan kat Aquaria ni..










Ni gambar dari photographer Aquaria KLCC tu..Satu set ni RM80 ada 2 gambar sekali frame..standart dah tu harga KL kan..tapi tak dipaksa beli pun..kalau taknak xpe je..


Keluar je dari aquaria konon-konon nak pergilah petrosains tapi akif dah tak larat nak jalan dah..puas dah dia kat aquaria tadi..tak per lah..nextime pulak p petrosains

Sekian cerita cuti-cuti kami semalam..
Hari ahad gi jalan tempat lain pulak..
Nantikan update entry saya esok ya

Salam sayang dari saya..

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kempiskan Perut Bak Si Cantik elsa Frozen

Tips Perut Kempis Bak Si Cantik elsa Frozen Perut kempis sememangnya menjadi idaman semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Faktor utama yang mempengaruhi ukur lilit pinggang adalah gaya hidup. Jika anda tidak amalkan gaya hidup  yang sihat, seperti mengawal pemakanan dan melakukan senaman, amatlah MUSTAHIL untuk anda memiliki perut kempis. 4 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Hindari 1.Pemanis Buatan Elakkan mengambil pemanis buatan yang terdapat dalam makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. 2.Sayuran Bergas Tahukah anda, walaupun sayuran amat penting kepada kita dalam menguruskan badan, namun ada beberapa jenis sayuran yang tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang nak kurus. Antaranya ialah, brokoli, kubis, kailan dan sebagainya. Jika di ambil secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan perut kembung. 3.Makanan Ringan/Awet Makanan ringan seperti...

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum.. Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah  cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap.. Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye Bahan-bahan cheesekut ●Susu dutch lady full cream ●Susu pekat ●Cream cheese ●Biskut 4 segi ●Serbuk vico @ milo ●Nestum Bahan mixer ●Cheese cream 125gram  ●susu pekat setengah cawan ●susu ducth lady suku cawan.. ●3sudu nestum ★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi) Cara-caranya ●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sa...

Lindungi Jantung Dengan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee  melindungi Jantung  Anda. Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh. Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3  yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular, di samping membantu memelihara tekanan darah  dan paras trigliserida yang normal. Omega 3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Antara kebaikan omega 3 dalam omega shaklee Untuk jantung ●Mengurangkan risiko insiden  serangan jantung. ●Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. ●Mengurangkan risiko mendapat denyutan  jantung tak menentu. ●Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat ...