Langkau ke kandungan utama

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN CZER

Assalamualaikum semua dan selamat petang..

Minggu lepas saya share adab memandikan bayi so kali ni saya nak share amalan berpantang selepas bersalin pulak.Bukan bersalin normal tapi bersalin czer..saya sendiri tidak mengalami czer tapi disebabkan kakak ipar berpantang dirumah jadi sedikit sebanyak saya boleh tambah ilmu dan share sikit pada bakal-bakal ibu semua

CARA BERPANTANG
❤Lebih kurang je dengan berpantang normal beza kakak hari ke3 baru mandi..boleh je mandi tapi tutuplah la czer dengan plastik kan❤

➡Biasanya masa tengah hamil masalah yang menghantui kita adalah berat badan.Berat naik mendadak,masa tu mulalah terfikir nanti dalam pantang harus jaga badan.So amalan untuk langsingkan badan ketika ini adalah susukan anak secara berterusan CONFIRMlangsing.Ia juga dapat mengecutkan rahim dengan cepat..kalau boleh susukan anak sehingga anak berumur 2tahun

➡Pemakaian stokin dengan disiplin.Hanya buka stokin time nak ke tandas atau mandi je..sebelum pakai stokin buh la minyak panas sikit pada tapak kaki..kalau boleh elakkan aircond sebab time ni harus jaga badan,kalau badan kita banyak angin nanti anak menyusu badan anak juga akan mengalami kembung perut.

➡Pilis dan param sangat best..segar je rasa kepala

➡Masa makan pula harus makan nasi yang panas-panas,barulah badan akan kekal cergas.Nasi pula kalau makan tak boleh tambah dah(cara-cara pantang mak den ni) so ambil sekali banyak terus kalau tak habis tak pe la..jangan tak cukup nak tambah lagi yang tu memang tak boleh..No No No❗❗hehe..
Amalan orang tua-tua harus kita ikut..nanti tak dengar kata takut bentan pulak..so akur je la si kakakku ini

➡Bersalin czer ni sangat menitikberatkan penjagaan luka dalaman.perkongsian dari Doc Safuhah bersalin czer elakkan pengambilan ikan haruan diawal berpantang,Ini kerana ikan haruan hanya mempercepatkan penyembuhan luka luaran sahaja bukan luka dalaman.Bila ibu dalam pantang makan ikan haruan ia akan menyebabkan pertumbuhan isi baru sahaja jadi luka dalaman masih belum sembuh tapi isi baru dah mula tumbuh..Maka akan bertindan lah tisu baru dengan dengan luka yang masih belum sembuh.Jadi kalau boleh pengambilan ikan haruan adalah pada minggu ke 16 selepas bersalin.Itu masa yang sesuai dimana luka dalaman In Shaa Allah dah pulih.Masa ni saya nasihatkan kakak untuk mengambil suplemen shaklee iaitu zinc dan vitamin c untuk penyembuhan luka dalaman.Alhamdulillah seminggu kakak dah rasa segar dan tak amalkan pun ubat yang doktor bekalkan.Nurse datang kerumah untuk cek luka kakak pun terkejut luka dalam keadaan baik dan dalaman pun tiada masalah..Alhamdulillah suplemen shaklee sangat membantu dalam proses penyembuhan luka dan juga kecergasan sepanjang berpantang.

➡Ada juga kawan-kawan mak suruh amalkan bawang putih sumbat dalam nasi panas-panas.Bila amalkan bawang putih kononya badan akan kekal segar tanpa dimasuki angin-angin jahat..(hehe ayat bukan main angin jahat tu)Mujur mak saya tidak terpengaruh sebabnya kami sekeluarga memang amalkan suplemen shaklee,pendek kata shaklee memang membantu serba sedikit dalam menjalani proses berpantang.

➡Dalam berpantang sangat-sangat mak ketatkan peraturan berpantang..jangan pegang penyapu,jangan jalan laju-laju..(tapi tak de lah sampai tak boleh..setahu saya jaga langkah je)masa ni just buat kerja-kerja ringan je jangan p angkat tong beras pulak..hehe takut bentan pulak nanti

➡Ada juga yang kata bersalin czer tak boleh berurut..eh eh sapa kata tak boleh??
Boleh je cuma jangan sentuh bahagian czer tu je.Urut bahagian kepala,tangan,kaki,bahu dan belakang badan je.Jangan pakai barut sudah sebabnya tempat czer tu sensitif jadi harus dibiarkan kering..kalau tak kering nanti berair pulak luka tu..nanti-nantilah kalau nak pakai barut tu,tunggu badan betul-betul segar dan luka sembuh dulu..Biasanya berurut ni selepas hari ke10 ke atas bagi badan segar sikit almaklumlah bersalin czer ni pergerakkan terbatas sikit.Batuk dan bersin pun kena slow-slow..kata kakak takut pulak nanti jahitan terbukak.

➡Akhir sekali ikutlah korang nak berpantang cara moden ataupun tradisional.Hanya diri sendiri yang tahu badan kita ok ke tak?so pilihan ditangan sendiri sebab saya pernah terdengar kalau anak sulong pantang sungguh-sungguh makan anak seterusnya pun harus sungguh-sungguh jugak..kalau rasa badan nak pakai lama jagalah pantang elok-elok ye..tak nak lah umur baru cecah 40 tahun dah sakit sana sini,lenguh sana sini..CANTIK DALAMAN CANTIK JUGA LUARAN

HARGAILAH KEHIDUPAN ANDA..

salam sayang dari saya

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kempiskan Perut Bak Si Cantik elsa Frozen

Tips Perut Kempis Bak Si Cantik elsa Frozen Perut kempis sememangnya menjadi idaman semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Faktor utama yang mempengaruhi ukur lilit pinggang adalah gaya hidup. Jika anda tidak amalkan gaya hidup  yang sihat, seperti mengawal pemakanan dan melakukan senaman, amatlah MUSTAHIL untuk anda memiliki perut kempis. 4 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Hindari 1.Pemanis Buatan Elakkan mengambil pemanis buatan yang terdapat dalam makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. 2.Sayuran Bergas Tahukah anda, walaupun sayuran amat penting kepada kita dalam menguruskan badan, namun ada beberapa jenis sayuran yang tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang nak kurus. Antaranya ialah, brokoli, kubis, kailan dan sebagainya. Jika di ambil secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan perut kembung. 3.Makanan Ringan/Awet Makanan ringan seperti...

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum.. Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah  cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap.. Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye Bahan-bahan cheesekut ●Susu dutch lady full cream ●Susu pekat ●Cream cheese ●Biskut 4 segi ●Serbuk vico @ milo ●Nestum Bahan mixer ●Cheese cream 125gram  ●susu pekat setengah cawan ●susu ducth lady suku cawan.. ●3sudu nestum ★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi) Cara-caranya ●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sa...

Lindungi Jantung Dengan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee  melindungi Jantung  Anda. Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh. Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3  yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular, di samping membantu memelihara tekanan darah  dan paras trigliserida yang normal. Omega 3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Antara kebaikan omega 3 dalam omega shaklee Untuk jantung ●Mengurangkan risiko insiden  serangan jantung. ●Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. ●Mengurangkan risiko mendapat denyutan  jantung tak menentu. ●Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat ...