Langkau ke kandungan utama

RESEPI DAPUR:Ikan Goreng Sweet Sour

Bertemu lagi kita di Resepi Dapur Minggu ini bersama chef Kakton..ewah-ewah chef konon..chef kepada suami dan anak-anak syurga kami.Resepi campak-campak je ni tapi bila pekena dengan nasi panas-panas perghhhhh terangkat semua yang makan..hihi


Di hujung minggu yang mendung ini dan disebabkan itu tidak kemana-mana maka terhasil lah Resepi Ikan Goreng Sweet Sour in da house


Bahan-bahannya;


●4 ekor ikan temenung
●sebiji bawang besar(dihiris dadu)
●4 ulas bawang putih(diketuk)
●2 biji buah tomato(dipotong dadu)
●lobak merah
●Bunga kobis
●Cili kisar(1 sudu)
●Sos Tiram(1 sudu)
●Sos Cili(3 Sudu)
●Gula
●Garam
●Daun Sup+Daun Bawang


Cara-Caranya;


1.Yang pertama wajiblah goreng ikan dulu ye..goreng garing-garing ye baru sedap

2.Kemudian..bahan-bahan yang dipotong dadu dan diketuk tadi ditumis hingga naik bau..campak-campak je baru sedap..hehe

3.Masukkan cili kisar,sos tiram,sos cili dan bila dah agak naik bau campak pulak lobak merah dan bunga kobis yang telah dipotong mengikut kretiviti  masing-masing..Kemudian masukkan air,gula,garam dan buah tomato..gaul hingga menjadi pekat dan rasanya pun dah cukup rasa

4.Last sekali tabur daun bawang+ daun sup SIAP!!!!

5.Siramkan dan mandikan ikan goreng tadi dengan kuah Sweet Sour


Hasilnya...Tadaaaaaa



Sedia dimakan dengan nasi panas-panas..


Selamat mencuba …






** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ---------------------------------- ----------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya: whatsapp/wechat/sms 019-5753504 Fb:Rose Nazyiana Fb Pages:cahayacintaku08.blogspot Email:rosnaziana@gmail.com Cod area besout-sungkai-trolak-slim river-tg malim

Ulasan

  1. Wahhh sedapnyer ....macam menyelerakan tengok....terima kasih dear sudi kongsi resepi.....saya memang suka ikan ....

    Gagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

    BalasPadam
  2. Sedapnya rose...dah lama tak masak ikan sweet sour ni...

    BalasPadam
  3. Tengok resepi ni terus rasa lapar..boleh try jugak ni..

    Belian Secara Online

    BalasPadam
  4. Wahh sedapnya terliur... Boleh try ni campak-campak eheheh

    BalasPadam
  5. Percaya ke tidak..saya memang tak pernah masak ikan sweet sour ni. Hahaa..Sebab dok ingat kena guna ikan2 yg besar2 ja. Rupanya ikan temenung pun boleh. Sodap nihh!!

    JommSihatDanCantik -> PERJALANAN PENUAAN KULIT

    BalasPadam
  6. Sedap tu... Kak tun anak beranak memang gemar yang sweet sour ni... hihihi


    Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

    BalasPadam
  7. Wah.. Favorite ni.. Mmg terbaik.. Dgn nasik panas.. Ad tomyam lg Sdap.. Hihi.. JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    BalasPadam
  8. Ikan sweet sour memang menjadi pujaan. Paling suka buat resepi ni dengan ikan bawal putih. Masa,-masam manis :-)
    Dapatkan Set Berpantang Terbaik di Pasaran

    BalasPadam
  9. Wow.. sweet sour ni selalu saya makan dengan ikan siakap atau bawal hitam.. kecur liur terus..

    BalasPadam
  10. sedap yer ikan masak sweet sour nie...favorite nie

    BalasPadam
  11. Baru lepas masak siakap sweet sour.. Resepi kegemaran.
    Yang penting ikan tu kena garing baru mengancam..

    Guna penggendong lebih mudah dan selamat

    BalasPadam
  12. Sedapnyaa ikan sweet sour.. :) mudah je sebenarnya nak buat

    BalasPadam
  13. tambahkan juga masak dengan keikhlasan lagi bertambah sedap

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kempiskan Perut Bak Si Cantik elsa Frozen

Tips Perut Kempis Bak Si Cantik elsa Frozen Perut kempis sememangnya menjadi idaman semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita. Faktor utama yang mempengaruhi ukur lilit pinggang adalah gaya hidup. Jika anda tidak amalkan gaya hidup  yang sihat, seperti mengawal pemakanan dan melakukan senaman, amatlah MUSTAHIL untuk anda memiliki perut kempis. 4 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Hindari 1.Pemanis Buatan Elakkan mengambil pemanis buatan yang terdapat dalam makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. 2.Sayuran Bergas Tahukah anda, walaupun sayuran amat penting kepada kita dalam menguruskan badan, namun ada beberapa jenis sayuran yang tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang nak kurus. Antaranya ialah, brokoli, kubis, kailan dan sebagainya. Jika di ambil secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan perut kembung. 3.Makanan Ringan/Awet Makanan ringan seperti...

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum.. Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah  cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap.. Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye Bahan-bahan cheesekut ●Susu dutch lady full cream ●Susu pekat ●Cream cheese ●Biskut 4 segi ●Serbuk vico @ milo ●Nestum Bahan mixer ●Cheese cream 125gram  ●susu pekat setengah cawan ●susu ducth lady suku cawan.. ●3sudu nestum ★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi) Cara-caranya ●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sa...

Lindungi Jantung Dengan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee  melindungi Jantung  Anda. Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh. Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3  yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular, di samping membantu memelihara tekanan darah  dan paras trigliserida yang normal. Omega 3 juga dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Antara kebaikan omega 3 dalam omega shaklee Untuk jantung ●Mengurangkan risiko insiden  serangan jantung. ●Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. ●Mengurangkan risiko mendapat denyutan  jantung tak menentu. ●Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat ...