Langkau ke kandungan utama

IBU HAMIL & MORNING SICKNESS

Adakah 'MORNING SICKNESS' itu petanda yang BAGUS???

Jawapannya ialah ya dan tidak! Loya adalah petanda baik bahawa hormon kehamilan anda berada pada tahap yang tinggi. Sebaliknya, jika anda tidak mengalami mabuk hamil, ini tidak bermakna ia satu tanda buruk.

Kita tidak tahu dengan tepat apakah penyebab mabuk semasa hamil, tetapi ia dipercayai berkaitan dengan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG). Badan anda menghasilkan hormon ini dalam kuantiti yang tinggi sehingga plasenta mengambil alih tugas menyelia perkembangan bayi dan menyalurkan nutrisi kepadanya.

Plasenta mula menjalankan tugasnya di antara minggu ke-12 dan minggu ke-14. Ini berlaku kebetulan dengan masa di mana risiko keguguran berkurangan.

Jika anda mengandungkan anak kembar dua atau tiga, tahap hormon kehamilan anda lebih tinggi. Maka adalah normal bagi anda mengalami mabuk yang lebih teruk daripada ibu-ibu yang mengandungkan seorang bayi.

Tahap hCG yang tinggi merupakan tanda bahawa kehamilan anda berjalan lancar, tetapi sesetengah wanita lebih sensitif terhadap peningkatan hormon ini. Jika anda mudah merasa loya sebelum anda hamil, kemungkinan besar anda akan mengalami mabuk hamil.

Oleh itu, jika anda mudah mabuk dalam perjalanan, atau sesetengah bau akan membuat anda loya, mabuk hamil akan lebih menjejaskan anda berbanding wanita lain.

Jika anda jarang merasa loya semasa hamil, ini juga normal. Ramai wanita yang menikmati kehamilan yang sihat tanpa merasa loya langsung.

Menangani masalah mabuk hamil boleh jadi sukar, terutamanya jika anda harus keluar bekerja. Walau bagaimanapun, simptom ini bukan disebabkan oleh apa-apa perkara yang anda lakukan. Ia hanyalah sesuatu yang kebanyakan bakal-bakal ibu terpaksa hadapi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerana 7 Biji Buah Dokong

Buah Dokong  sangat sedap bila di nikmati beramai-ramai.Lagi sedap bila makan x ingat dunia.Dek kerana kemanisannya ramai yang lupa bahawasanya dokong ini membawa padah kepada  penyebab sakit urat .Dokong tu sejuk orang tua-tua la kata.. 7 biji je pun makan semalam hasilnya Ya Allah sakit sungguh urat dan sengal-sengal badan.Insaf dah xmau sentuh dokong dah..serik weh..memang geram tengok buah ni sebab besar-besar,sebelum ni ok je makan tapi semalam lain pulak jadinya..huk-huk.Dah la buah nya murah sekilo Rm2 je semalam tamak haloba beli sampai 5kilo..haha padahnya diri sendiri yang sakit.Lepas ni hati-hati ya memilih buah kegemaran anda.Pastikan tidak berlaku sebegini kerana siksanya sakit urat orang yang pernah alami je dapat rasakan Tapi sikit pun xrisau sebab ostematrix penyelamat segalanya.Thanks Ostematrix!!! Jom click sini ramai-ramai tengok  OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM Nak dapatkan produk shaklee? Boleh lihat detail dibawah untuk membuat sebar...

INFO:KHASIAT BUNGA KANTAN

INFO KHASIAT BUNGA KANTAN: Assalamualaikum SEMUA.. Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan kenaikan harga bunga kantan 2 batang rm10 pun hado...tapi saya xbeli sebab dibelakang rumah pun ada..ehe selalunya kita menggunakan bunga kantan di dalam masakan asam pedas, laksa dan nasi kerabu betul tak?? tahukah anda bahawa sebenarnya bunga kantan ni banyak khasiatnya??? untuk buahnya ➡ boleh merawat penyakit telinga untuk bunganya ➡ jus diminum dan dimakan mentah untuk tujuan mewangikan badan.. daunnya ➡untuk mencuci kudis,lebam dan luka..dan juga boleh digunakan dalam mandian wanita selepas bersalin.. batang lembutnya ➡boleh dimakan dan direbus untuk mandian dan mewangikan badan.. sebenarnya... bunga kantan ini boleh dimakan mentah dibuat ulam dan itu yang lebih baik sebab khasiatnya tidak banyak yg hilang.. Tapi yang paling best bunga kantan untuk pembikinan LAKSA laksa mak saya paling sedap kat dunia.. Dapat tengok je lah..kalau nak sila masuk dapur masak laksa ya....

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum.. Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah  cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap.. Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye Bahan-bahan cheesekut ●Susu dutch lady full cream ●Susu pekat ●Cream cheese ●Biskut 4 segi ●Serbuk vico @ milo ●Nestum Bahan mixer ●Cheese cream 125gram  ●susu pekat setengah cawan ●susu ducth lady suku cawan.. ●3sudu nestum ★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi) Cara-caranya ●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sa...