Langkau ke kandungan utama

SEIKHLAS KASIH SEORANG SUPERMOMMY

Assalamualaikum..
Selamat petang semua..korang semua mesti dah lunch kan?ros baru siap lunch ni..sarapan pun xsempat pagi tadi tapi kenyang hingga tengah hari dengan shake ESP+horlick pagi tadi..ternyata sangat bagus pada yang ingin berdiet tu boleh lah mencuba ESP shaklee nanti ya😉

Okey sebanarnya nak citer menu lunch harini sebab ni permintaan cik suami😍😍
Alhamdulillah harapnya makan bertambah-tambahlah harini cik suami..

Tadaa...
Ni la menunya..simple tapi hasilnya seperti master chef kan?haha..sesedap rasa lagi bila tuang kicap pulak..perrghh xberenti makan satgi..




Ni lah masak lemak ikan merah..
Tapi jangan kerap masak lemak-lemak ni tau..xbaik untuk kesihatan kita..sekali sekala tidak mengapa..sebabnya kalau kerap masak lemak ni nanti makan berpinggan-pinggan pulak..terus hilang rahsia kekal kurusku..hihi

Okey jom kita masuk dapur boleh test menu masak lemak ikan merah versi ros ni..In Shaa Allah mudah-mudahan ianya akan memberi manfaat kepada anda nanti ya..

MASAK LEMAK IKAN MERAH

Bahan-bahannya;
⇨2 potong ikan merah(ikan apa pun boleh sebenarnya)
⇨1 cawan santan(tinggal sikit pati dia untuk dimasukkan time mendidih nanti)
⇨2 ulas bawang merah
⇨5 biji cili padi
⇨1 helai daun kunyit(hiris halus ya)
⇨2 batang serai(ketuk-ketuk ja)
⇨Sedikit serbuk kunyit(kunyit hidup pun boleh)
⇨Garam ikut rasa
⇨2 keping asam keping

CARA MENYEDIAKAN;

1.Bersihkan ikan dengan campuran limau purut.kemudian masukkan dalam periuk
2.tumbuk cili padi bersama bawang merah dan tumbuk bawang hingga lumat dan masukkan serai sekali hanya ketuk2 hancur sikit je
3.masukkan bahan yang ditumbuk tadi,asam keping,santan cair dan serbuk kunyit(hati-hati jangan terlebih pulak nanti rasa kunyit pulak hilang rasa lemak dia)
4.masukkan ikan dan biarkan mendidih dan masukkan garam dan rasa masin,masamnya
5.bila ikan dah lembut baru masukkan pati santan tadi dan daun kunyit
6.tunggu beberapa minit santan mula mendidih dan terus tutupkan api..

Tadaaa siap!!!
Mudahkan?

Selamat mencuba

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerana 7 Biji Buah Dokong

Buah Dokong  sangat sedap bila di nikmati beramai-ramai.Lagi sedap bila makan x ingat dunia.Dek kerana kemanisannya ramai yang lupa bahawasanya dokong ini membawa padah kepada  penyebab sakit urat .Dokong tu sejuk orang tua-tua la kata.. 7 biji je pun makan semalam hasilnya Ya Allah sakit sungguh urat dan sengal-sengal badan.Insaf dah xmau sentuh dokong dah..serik weh..memang geram tengok buah ni sebab besar-besar,sebelum ni ok je makan tapi semalam lain pulak jadinya..huk-huk.Dah la buah nya murah sekilo Rm2 je semalam tamak haloba beli sampai 5kilo..haha padahnya diri sendiri yang sakit.Lepas ni hati-hati ya memilih buah kegemaran anda.Pastikan tidak berlaku sebegini kerana siksanya sakit urat orang yang pernah alami je dapat rasakan Tapi sikit pun xrisau sebab ostematrix penyelamat segalanya.Thanks Ostematrix!!! Jom click sini ramai-ramai tengok  OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM Nak dapatkan produk shaklee? Boleh lihat detail dibawah untuk membuat sebar...

INFO:KHASIAT BUNGA KANTAN

INFO KHASIAT BUNGA KANTAN: Assalamualaikum SEMUA.. Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan kenaikan harga bunga kantan 2 batang rm10 pun hado...tapi saya xbeli sebab dibelakang rumah pun ada..ehe selalunya kita menggunakan bunga kantan di dalam masakan asam pedas, laksa dan nasi kerabu betul tak?? tahukah anda bahawa sebenarnya bunga kantan ni banyak khasiatnya??? untuk buahnya ➡ boleh merawat penyakit telinga untuk bunganya ➡ jus diminum dan dimakan mentah untuk tujuan mewangikan badan.. daunnya ➡untuk mencuci kudis,lebam dan luka..dan juga boleh digunakan dalam mandian wanita selepas bersalin.. batang lembutnya ➡boleh dimakan dan direbus untuk mandian dan mewangikan badan.. sebenarnya... bunga kantan ini boleh dimakan mentah dibuat ulam dan itu yang lebih baik sebab khasiatnya tidak banyak yg hilang.. Tapi yang paling best bunga kantan untuk pembikinan LAKSA laksa mak saya paling sedap kat dunia.. Dapat tengok je lah..kalau nak sila masuk dapur masak laksa ya....

Resepi Cheesekut Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamualaikum.. Selamat pagi kepada semua pembaca..alhamdulillah kesihatan anak-anak bertambah baik maka tersedialah  cheesekut sedap ini..macam-macam idea untuk tambahkan selera makan anak so google-google jumpa resepi ni...dulu-dulu memang suka beli tapi harini nekad nak buat sendiri nak bagi suami dan anak-anak syurga makan..resepi yang sangat simple..sebelah tangan pun boleh siap..cewahhhh...hehe..semua peringkat umur sangat sukakan cheesekut ni..bila dimakan masa sejuk bertambah sedap.. Okey lah jom ambil pen dan kertas noted siap-siap dalam buku resepi ye Bahan-bahan cheesekut ●Susu dutch lady full cream ●Susu pekat ●Cream cheese ●Biskut 4 segi ●Serbuk vico @ milo ●Nestum Bahan mixer ●Cheese cream 125gram  ●susu pekat setengah cawan ●susu ducth lady suku cawan.. ●3sudu nestum ★pukul@putar hingga sebati..(saya blend je semua senang..hihi) Cara-caranya ●Susu ducth lady letak dalam bekas celup biskut jangan sa...