Langkau ke kandungan utama

TAUHU TELUR KEGEMARAN BOBOIBOY

Morning dan happy weekend uolls..hujung minggu yang terasa aura kerajinan dah datang so harini terasa rajin untuk sediakan sarapan pagi untuk boboiboy tersayang..hehe..selalunya tauhu telur ni ku buat petang je

Mula-mula buat dah rasa teruja sebab bahan-bahannya ringkas sangat..maka dengan semangatnya terhasillah tauhu telur versi cahayacintaku08.blogspot
Masuk harini dah banyak kali buat dah sebab anak-anak suka..so sekarang memang dah terror buat tauhu telur ni..pejam mata pun boleh buat..ececeh




Haaa ni dia step-step untuk terhasilnya tauhu telur yang menjadi kegilaan boboiboyku ini..Sebelum teruskan step-step ni sila ambil pen dan kertas untuk catit bahan-bahannya ya..

bahan A
◆4 ketul tauhu
◆2 tiub tauhu telur
◆2 biji telur
◆Isi ayam/udang

Semua bahan-bahan A blend tanpa air

bahan-bahan B
◆Daun bawang
◆Daun sup
◆Cili merah(buang biji)
◆Sosej(ikut suka nak letak banyak mana)

semua bahan-bahan B dihiris

CARA-CARA
◆Campur bahan A dan bahan B gaul sebati
◆Masukkan serbuk maggie cukup rasa
◆Dah selesai gaul sebati macam step 1
◆Kukus selama 1/2 jam step 2 dan sejukkan step 3
◆Lepas tu boleh la potong ikut suka step 4
◆Celup telur step 5
◆Dan goreng step 6
◆Tadaaa inilah hasilnya step 7

Nak bagi sedap dan menarik lagi boleh tuang sos dan mayonis diatas tauhu telur tu












Siap dihidangkan dan siap dingap oleh aak-anak anda..semoga bermanfaat untuk semua dan membantu anda pelbagaikan menu anak-anak anda

selamat mencuba dan salam sayang dari saya

posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerana 7 Biji Buah Dokong

Buah Dokong  sangat sedap bila di nikmati beramai-ramai.Lagi sedap bila makan x ingat dunia.Dek kerana kemanisannya ramai yang lupa bahawasanya dokong ini membawa padah kepada  penyebab sakit urat .Dokong tu sejuk orang tua-tua la kata.. 7 biji je pun makan semalam hasilnya Ya Allah sakit sungguh urat dan sengal-sengal badan.Insaf dah xmau sentuh dokong dah..serik weh..memang geram tengok buah ni sebab besar-besar,sebelum ni ok je makan tapi semalam lain pulak jadinya..huk-huk.Dah la buah nya murah sekilo Rm2 je semalam tamak haloba beli sampai 5kilo..haha padahnya diri sendiri yang sakit.Lepas ni hati-hati ya memilih buah kegemaran anda.Pastikan tidak berlaku sebegini kerana siksanya sakit urat orang yang pernah alami je dapat rasakan Tapi sikit pun xrisau sebab ostematrix penyelamat segalanya.Thanks Ostematrix!!! Jom click sini ramai-ramai tengok  OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM Nak dapatkan produk shaklee? Boleh lihat detail dibawah untuk membuat sebarang belian.Kon

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin C Shaklee

Petua Hilangkan Parut Jerawat, Gatal-Gatal dan Selaran Matahari Parut di bahagian muka atau badan akibat dari jerawat, gatal-gatal disebabkan allergik atau parut akibat selaran matahari akan bertukar menjadi kehitaman. Wajah akan nampak kusam dan tidak bermaya. Begitu juga dengan kulit yang lain. Parut terbentuk dari proses penyembuhan luka secara semulajadi. Sebab tu la bila jerawat dah mulai kering, ia akan meninggalkan kesan hitam. Atasi parut jerawat dengan; Daun Lidah Buaya - Digunakan sejak zaman dahulu lagi. - Mempunyai asid amino dan lignin yang amat baik untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baharu. - Ambil beberapa helai daun lidah buaya, kemudian ambil lendirnya. - Sapukan lendir tersebut pada parut atau kulit wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kulit Kayu Manis - Kisar atau lumatkan beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan bersama sedikit air dan sapukan pada parut. - Merupakan sejenis rempah ratus untuk menambah

INFO:KHASIAT BUNGA KANTAN

INFO KHASIAT BUNGA KANTAN: Assalamualaikum SEMUA.. Sejak akhir-akhir ini kecoh dengan kenaikan harga bunga kantan 2 batang rm10 pun hado...tapi saya xbeli sebab dibelakang rumah pun ada..ehe selalunya kita menggunakan bunga kantan di dalam masakan asam pedas, laksa dan nasi kerabu betul tak?? tahukah anda bahawa sebenarnya bunga kantan ni banyak khasiatnya??? untuk buahnya ➡ boleh merawat penyakit telinga untuk bunganya ➡ jus diminum dan dimakan mentah untuk tujuan mewangikan badan.. daunnya ➡untuk mencuci kudis,lebam dan luka..dan juga boleh digunakan dalam mandian wanita selepas bersalin.. batang lembutnya ➡boleh dimakan dan direbus untuk mandian dan mewangikan badan.. sebenarnya... bunga kantan ini boleh dimakan mentah dibuat ulam dan itu yang lebih baik sebab khasiatnya tidak banyak yg hilang.. Tapi yang paling best bunga kantan untuk pembikinan LAKSA laksa mak saya paling sedap kat dunia.. Dapat tengok je lah..kalau nak sila masuk dapur masak laksa ya.