Langkau ke kandungan utama
Quality Time With Belove Family
Assalamualaikum kepada pembaca setia blog ini..Selamat berhujung minggu semua..minggu ni Quality Time With Family saya di Taman Reakrasi Air Panas Sg Klah(Hot Spring).Menghabiskan masa bersama anak-anak syurga dan suami sangatlah bermakna bagi setiap keluarga..ok jom tengok sikit macam mana kawasannya..nanti hujung minggu akan datang anda juga boleh datang kesini
Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah dilindungi oleh ketenangan hutan subur menghijau, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih. Dengan keluasan 6.5 hektar, anda boleh menikmati pemandangan indah ladang kelapa sawit dan dusun durian, sambil bersantai di kawasan ini.
Konsep unik yang direka khas bagi air mengalir dari mata air panas ke Kolam Renang dan Taman terapi di kaki Banjaran Titiwangsa berketinggian 200 kaki di atas paras laut sememangnya kejuruteraan yang kreatif untuk menarik pengunjung yang menghargai keajaiban semulajadi. Keluarga yang melawat taman itu boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas.
Kalau sampai disini tempat wajib adalah merebus telur.Nama pun kolam air panas kan so kalau xcuba rebus telur disini sangatlah rugi..Dah puas disini tibalah saat ditunggu-tunggu oleh anak syurga kami iaitu mandi manda
Bayaran masuk kekolam air panas hot spring ni Rm12 untuk dewasa dan Rm10 untuk kanak-kanak berumur 3tahun keatas dan percuma untuk bawah 3 tahun..seronok tau datang kesini..hampir 3jam berendam disini sampai dah kecut-kecut jari jemari si anak syurga..kepada yang ingin kesini membawa keluarga dan anak-anak sangat lah digalakkan.pasti anak-anak anda juga teruja
Sekian untuk kali ini..salam sayang dari saya..
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ----------------------------------
-----------------
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya:
whatsapp/wechat/sms 019-5753504
Fb:Rose Nazyiana
Fb Pages:cahayacintaku08.blogspot
Email:rosnaziana@gmail.com
Cod area besout-sungkai-trolak-slim river-tg malim
nampak cantik tempat ni..boleh cuba pergi sambil-sambil bercuti
BalasPadamamboi seronoknya pegi berkelah...lama dah tak mandi manda. cam teringin nak pegi situ.
BalasPadam