Langkau ke kandungan utama

RESEPI DAPUR:Ikan Goreng Sweet Sour

Bertemu lagi kita di Resepi Dapur Minggu ini bersama chef Kakton..ewah-ewah chef konon..chef kepada suami dan anak-anak syurga kami.Resepi campak-campak je ni tapi bila pekena dengan nasi panas-panas perghhhhh terangkat semua yang makan..hihi


Di hujung minggu yang mendung ini dan disebabkan itu tidak kemana-mana maka terhasil lah Resepi Ikan Goreng Sweet Sour in da house


Bahan-bahannya;


●4 ekor ikan temenung
●sebiji bawang besar(dihiris dadu)
●4 ulas bawang putih(diketuk)
●2 biji buah tomato(dipotong dadu)
●lobak merah
●Bunga kobis
●Cili kisar(1 sudu)
●Sos Tiram(1 sudu)
●Sos Cili(3 Sudu)
●Gula
●Garam
●Daun Sup+Daun Bawang


Cara-Caranya;


1.Yang pertama wajiblah goreng ikan dulu ye..goreng garing-garing ye baru sedap

2.Kemudian..bahan-bahan yang dipotong dadu dan diketuk tadi ditumis hingga naik bau..campak-campak je baru sedap..hehe

3.Masukkan cili kisar,sos tiram,sos cili dan bila dah agak naik bau campak pulak lobak merah dan bunga kobis yang telah dipotong mengikut kretiviti  masing-masing..Kemudian masukkan air,gula,garam dan buah tomato..gaul hingga menjadi pekat dan rasanya pun dah cukup rasa

4.Last sekali tabur daun bawang+ daun sup SIAP!!!!

5.Siramkan dan mandikan ikan goreng tadi dengan kuah Sweet Sour


Hasilnya...Tadaaaaaa



Sedia dimakan dengan nasi panas-panas..


Selamat mencuba …






** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ---------------------------------- ----------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya: whatsapp/wechat/sms 019-5753504 Fb:Rose Nazyiana Fb Pages:cahayacintaku08.blogspot Email:rosnaziana@gmail.com Cod area besout-sungkai-trolak-slim river-tg malim

Ulasan

  1. Wahhh sedapnyer ....macam menyelerakan tengok....terima kasih dear sudi kongsi resepi.....saya memang suka ikan ....

    Gagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

    BalasPadam
  2. Sedapnya rose...dah lama tak masak ikan sweet sour ni...

    BalasPadam
  3. Tengok resepi ni terus rasa lapar..boleh try jugak ni..

    Belian Secara Online

    BalasPadam
  4. Wahh sedapnya terliur... Boleh try ni campak-campak eheheh

    BalasPadam
  5. Percaya ke tidak..saya memang tak pernah masak ikan sweet sour ni. Hahaa..Sebab dok ingat kena guna ikan2 yg besar2 ja. Rupanya ikan temenung pun boleh. Sodap nihh!!

    JommSihatDanCantik -> PERJALANAN PENUAAN KULIT

    BalasPadam
  6. Sedap tu... Kak tun anak beranak memang gemar yang sweet sour ni... hihihi


    Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

    BalasPadam
  7. Wah.. Favorite ni.. Mmg terbaik.. Dgn nasik panas.. Ad tomyam lg Sdap.. Hihi.. JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    BalasPadam
  8. Ikan sweet sour memang menjadi pujaan. Paling suka buat resepi ni dengan ikan bawal putih. Masa,-masam manis :-)
    Dapatkan Set Berpantang Terbaik di Pasaran

    BalasPadam
  9. Wow.. sweet sour ni selalu saya makan dengan ikan siakap atau bawal hitam.. kecur liur terus..

    BalasPadam
  10. sedap yer ikan masak sweet sour nie...favorite nie

    BalasPadam
  11. Baru lepas masak siakap sweet sour.. Resepi kegemaran.
    Yang penting ikan tu kena garing baru mengancam..

    Guna penggendong lebih mudah dan selamat

    BalasPadam
  12. Sedapnyaa ikan sweet sour.. :) mudah je sebenarnya nak buat

    BalasPadam
  13. tambahkan juga masak dengan keikhlasan lagi bertambah sedap

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerana 7 Biji Buah Dokong

Buah Dokong sangat sedap bila di nikmati beramai-ramai.Lagi sedap bila makan x ingat dunia.Dek kerana kemanisannya ramai yang lupa bahawasanya dokong ini membawa padah kepada penyebab sakit urat.Dokong tu sejuk orang tua-tua la kata..
7 biji je pun makan semalam hasilnya Ya Allah sakit sungguh urat dan sengal-sengal badan.Insaf dah xmau sentuh dokong dah..serik weh..memang geram tengok buah ni sebab besar-besar,sebelum ni ok je makan tapi semalam lain pulak jadinya..huk-huk.Dah la buah nya murah sekilo Rm2 je semalam tamak haloba beli sampai 5kilo..haha padahnya diri sendiri yang sakit.Lepas ni hati-hati ya memilih buah kegemaran anda.Pastikan tidak berlaku sebegini kerana siksanya sakit urat orang yang pernah alami je dapat rasakanTapi sikit pun xrisau sebab ostematrix penyelamat segalanya.Thanks Ostematrix!!!Jom click sini ramai-ramai tengok OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUMNak dapatkan produk shaklee?Boleh lihat detail dibawah untuk membuat sebarang belian.Konsultasi istimewa selepa…

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin C Shaklee

Petua Hilangkan Parut Jerawat, Gatal-Gatal dan Selaran Matahari







Parut di bahagian muka atau badan akibat dari jerawat, gatal-gatal disebabkan allergik atau parut akibat selaran matahari akan bertukar menjadi kehitaman. Wajah akan nampak kusam dan tidak bermaya. Begitu juga dengan kulit yang lain.

Parut terbentuk dari proses penyembuhan luka secara semulajadi. Sebab tu la bila jerawat dah mulai kering, ia akan meninggalkan kesan hitam.

Atasi parut jerawat dengan;

Daun Lidah Buaya

- Digunakan sejak zaman dahulu lagi.
- Mempunyai asid amino dan lignin yang amat baik untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baharu.
- Ambil beberapa helai daun lidah buaya, kemudian ambil lendirnya.
- Sapukan lendir tersebut pada parut atau kulit wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Kulit Kayu Manis

- Kisar atau lumatkan beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan bersama sedikit air dan sapukan pada parut.
- Merupakan sejenis rempah ratus untuk menambah perasa dalam makanan.
- Dik…

Pisang Goreng Cheese Coklat Sedap Licin Dalam Masa 5minit

Pisang Goreng Cheese Coklat Sedap Licin Dalam Masa 5minit
Petang-petang sejuk macam ni sedapnya dapat nikmati pisang goreng cheese coklat dengan teh panas-panas..kebetulan dengan rajinnya harini p scrool fesbuk nampak la anak downline ni dok tulis pisang goreng cheese coklat petang ni ada jual..laju lah si mak ni ambil telefon dok berwhatsapp si kak nana..dengan rakusnya oder 10pieces dengan harga Rm4.00



Jeng-jeng..jangan terliur ya sebab memang sedap Pisang goreng cheese coklat ni..yang berada di kawasan besout,sungkai perak boleh dapatkan pisang goreng cheese coklat ni dengan kak nana ye..sangat berbaloi 5 pieces Rm2,10 pieces Rm4..sedap,murah dan berbaloi-baloi..
Sebelum ni dok tengok kat fesbuk je tapi yang jualnya jauh-jauh..masuk tv pun yang jualnya di area KL..masa tu leleh air liur je la..hehe
Sekarang tak perlu terliur lagi..nak oder call ataupun Whatsapp je kak nana ditalian 017-5414744..
Yang berada di area besout nak rasa pisang goreng cheese coklat boleh hubungi kak nana teru…